Review Ringkas Perodua Bezza : Prestasi, Teknologi, Ruang Dan Harga


Hampir seminggu pelancaran Bezza, dan telah ramai yang mengunjungi Pusat Pameran Perodua Berdekatan. Anda juga mungkin telah memandu ujinya. Terdapat beberapa varian yang ditawarkan, dengan dua pilihan enjin 1.3 DVVTi (timing chain, 4 piston) dan 1.0 VVTi (timing chain, 3 piston). 

Pada saya enjin 1.0 VVT-i baharu ini tidak mengecewakan sepadan dengan saiz sedan kompak dan tidak timbul ketidakupayaan pada jentera tersebut. Bagi enjin 1.3 Dual VVT-i semestinya sangat menarik sebagai sebuah jentera di bawah hud Bezza ini, dan ia amat sesuai untuk perjalanan dekat dan jauh.

Perodua Bezza juga hadir dengan satu teknologi yang dikenali Eco Idle auto start/stop; merupakan kenderaan pertama buatan tempatan yang berbuat demikian. Sistem teknologi ini hanya terdapat pada varian Bezza 1.3 Advance. 

Sedan ini sekaligus mendapat pengiktirafan EEV di mana teknologi enjin baharu yang cekap tenaga ditambah dengan sistem Eco Idle yang mampu mengurangkan lagi penggunaan bahan api sebanyak 0.3 liter / 100km bagi varian Advance mengatasi varian Premium X 1.3 automatik.

Fungsi auto start/stop ini secara automatik dipadamkan enjin apabila kenderaan tersebut berada dalam keadaan henti (iaitu sementara menunggu di lampu isyarat). Enjin akan mula semula sebaik saja pedal brek dilepaskan, atau apabila suhu kabin meningkat melebihi tahap tertentu dan penghawa dingin perlu dimulakan semula.

Jika dilihat secara kiraan penggunaan bahan api, Bezza 1.3 Premium X A/T, 4.8 liter / 100km A/T manakala Bezza 1.3, 4.5 liter / 100km. Dalam erti kata lain, Bezza 1.3 Advance adalah 6% lebih cekap minyak berbanding model Premium X.

Setelah saya selesai memandu uji Bezza ini, saya bertanya pula mengenai penyelenggaraan. Perodua telah menyediakan ciri Eco Idle yang boleh dikategori canggih untuk orang ramai, ia adalah penting untuk diambil perhatian bahawa kenderaan dengan sistem auto start/stop biasanya memerlukan lebih berkuasa bateri, alternator dan starter Motor berbanding kenderaan yang tidak mempunyai Eco Idle. Ini adalah benar bagi kereta-kereta jenama apa-apa pun.

Walaupun tidak menyediakan angka yang tepat, Bezza varian Advance secara anggarannya akan melebihi 10% hingga 15%  kos penggantian semula komponen berkaitan. Namun angka-angka ini adalah pada julat kecil dan masih boleh diterima kerana ciri-ciri penjimatan bahan api diambil kira.

Bagaimana pula pada ruang untuk Bezza? setelah saya menaikinya di bahagian depan dan belakang, ruang keselesaan kaki berada pada tahap baik. Begitu juga pada tempat duduk. Bangku di bahagian hadapan ia cukup baik cuma bangku belakang sedikit tegak dan sesuai untuk 2 orang dewasa.

Keselesaan padangan hadapan masih sedikit seakan menaiki kompak kerana dashboard ini seperti berasal dari Axia, namun ia tidak menjejaskan perjalanan anda cuma apa yang saya perhatikan lubang aircond tepi agak kecil. lubang rekaan bulat seperti Axia adalah nampak lebih sesuai. Pada saya Perodua cukup prihatin dengan pembelinya, ini dapat dilihat pada tempat letak botol yang cukup banyak ditambah pula ada tempat penyangkut.

Antara menjadi perhatian orang ramai ketika melihat bezza adalah ruang bonet belakang. Seluas 508 liter, ia lebih besar berbanding jenama lain. Ruang bonet saiz besar ini amat sesuai untuk sebuah keluarga berpendapatan sederhana dan mempunyai anak-anak kecil yang mana ibu bapa perlu membawa keperluan yang banyak seperti buaian, kelengkapan bayi dan juga pakaian.

Harga Perodua Bezza bermula dengan RM37,300 bagi 1.0 manual hingga RM50,800 bagi 1.3 automatik Advance ( rujuk jadual harga di bawah ). Terdapat  3 varian, Standard, Premium X dan Advance dengan 6 pilihan. Walaubagaimanapun, varian Premium X dan Advance hanya didapati dengan enjin 1.3 DVVT-i. 

Adakah ia berpatutan? pada pandangan saya, jawapan YA. Kerana dengan prestasi enjin yang mantap, teknologi yang menjimatkan bahan api, keselesaan yang baik bagi sebuah sedan kecil, ruang simpan barang yang luas serta tawaran harga yang mampu milik. Ditambah pula rupa bentuk luaran yang menarik.







Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
3 April 2017 9:25 PG

Bonet/hud adalah ruang enjin di hadapan.
Boot adalah ruang barangan di belakang.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger