Proton Sedia Lancar MPV Kompak, Persona Dan Saga Tidak Lama Lagi


Menurut beberapa sumber, Proton bakal melancarkan tiga lagi model baru keluaran mereka tidak lama lagi secara berturutan. Selepas hadirnya Perdana baharu ke pasaran awal bulan ini, kini Proton bakal melancarkan Proton Persona baharu yang dijangkakan pada bulan Ogos, diikuti Saga dan sebuah MPV kompak hasil kerjasama Suzuki.

Sejak kebelakangan ini kita sering dapat melihat kelibat Persona 2016 mula tersebar di internet. Proton Persona dibangunkan dari model Iriz. Sepertimana dahulu kita melihat Gen.2 dan Persona. Selepas Persona muncul Ogos nanti, Kita bakal melihat pula Saga 2016 pada September. Saga baru ini dibangunkan dari model Saga sedia ada dan dilihat beberapa perkara ditambah baik. kedua-dua sedan ini tidak dilancarkan sekali kerana mungkin sukar bagi pembeli membuat pilihan walaupun ia berbeza segmen, Persona bagi segmen B dan Saga dalam segmen A.

Pada Oktober pula, kita akan pertama kali melihat Proton melancarkan MPV kompak pertama mereka. MPV kompak keluaran Proton ini adalah berasas model Suzuki Ertiga hasil kerjasama Proton-Suzuki. Kit CKD Ertiga dari Suzuki Indomobil Sales (SIS), Indonesia sudah bersedia untuk dibawa ke negara kita. Proton MPV kompak ini diletakkan dalam segmen B berbanding Exora dalam segmen C.

Dengan adanya beberapa model baru bagi setiap varian ini, Proton dilihat akan terus kukuh pada 2017 berbanding beban hutang yang ada sekarang. Plan stratergi jangka panjang dan sederhana ini dilihat mampu memulihkan Proton dari terus menanggung kerugian. Pada tahun hadapan juga ada sumber memberitahu, Proton turut akan memperkenalkan Exora facelift dan Preve/Suprima facelift. Selain itu, pengenalan enjin baru menggantikan Campro.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger