Proton Persona 2016 Warna Putih Pula Muncul!


Sejak beberapa hari ini kita berpeluang melihat model Perodua Bezza dan Proton Persona 2016 yang didedahkan di media sosial. Terkini, Bezza muncul dengan versi Gear Up yang cukup menarik, dan lebih terkini, hari ini kita dikejutkan sekali lagi dengan dua keping gambar Proton Persona 2016! Perang gambar nampaknya terus berlaku!

Kelibat Proton Persona 2016 ini nampaknya dirakamkan di dalam kilang Proton itu sendiri. Proton Persona 2016 ini dilihat warna putih pula selepas pendedahan awal warna hitam yang agak kurang jelas.

Persona 2016 yang dibangunkan dari model Iriz dilihat nampak berbeza berbanding Iriz terutama rupa hadapan. Lampu yang lebih tirus dan chrome bar yang bersambungan pada lampu.

Rekaan lampu belakang pada saya amat menarik, berbentuk bujur badam dikelilingi jalur chrome dibahagian keliling dalam lampu. dibahagian bumper belakang pula terdapat rekaan diffuser dan terdapat lampu di tengahnya.

Rekaan Proton Persona 2016 nampak lebih dewasa berbanding Perodua Bezza yang nampak untuk keseronokan sepadan dengan segmen masing-masing Persona dalam segmen B dan Bezza dalam segmen A.

Persona 2016 bakal dijana oleh enjin Campro 1.3 dan 1.6 sepertimana Iriz yang dilengkapi VVT dan padanan gear CVT. Menurut sumber, Proton Persona 2016 bakal dilancarkan selepas pelancaran Perodua Bezza. Maknanya tak lama lagi la kan?!



Share this article :

+ comments + 4 comments

Tanpa Nama
18 Julai 2016 10:47 PG

TAHNIAH PROTON

19 Julai 2016 9:46 PG

nice design...harap2 kualiti pun cun...terasa nk angkat sebuah

21 Julai 2016 7:49 PTG

Good job, nice rear design

Tanpa Nama
24 Julai 2016 8:44 PTG

Persona 2016 versi engine 1.3 NA ke 1.3 Turbo? kalau varian paling Premium guna engine 1.3 Turbo VVT syok jugak. Untuk model varian Standard dan Executive boleh guna engine 1.6 NA VVT. Harap CVT Persona juga lebih baik berbanding Iriz

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger