Perodua Bezza Bersedia Untuk Dilancarkan 21 Julai Ini?


Seperti yang diketahui, Perodua dikatakan bakal melancarkan sebuah sedan pada 21 Julai ini. Ia dikenali sebagai Bezza! dan ia merupakan model sedan EEV pertama Perodua dengan teknologi maju 22km/l pemanduan eko.

Sebelum ini sekeping gambar yang viral di media sosial menampakkan rupa hadapan model tersebut. Dan hari ini pula kita turut melihat imej belakang model ini. 

Menurut info di media-media sosial, Perodua Bezza ini dibangunkan dari platform Axia. Kemungkinan ia adalah sedan kecil dalam segmen A atau B sepertimana Proton Saga. 

Jika dilihat dari segi rekaan dan bentuk badan ia kelihatan seperti model Toyota Axio terutama pada bahagian sisi dan bahagian belakang.

Perodua Bezza hadir dengan 3 variant Standard G 1.0 vvt-i, Premium X 1.3 dual vvt-i, Advance 1.3 dual vvt-i. Semua model dilengkapi ABS, EBD, BA, Ruang bonet 500 liter. Model advance pula dilengkapi VSC (Vehicle Stability Control). Selain itu ia turut mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Asean ANCAP.

Dari segi harga pula, kami menjangkakan ia mungkin sekitar RM30 ribu hingga RM50 ribu. ini kerana mungkin faktor kereta tersebut diiktiraf sebagai EEV yang akan mendapat pelepasan cukai oleh kerajaan. Ia juga mendapat 5 tahun waranti oleh Perodua.

Perodua Bezza ini bakal mencabar Proton Saga yang mana Saga merupakan pilihan utama bagi keluarga kecil dan individu yang baru ingin berkereta di negara kita.




Share this article :

+ comments + 6 comments

Tanpa Nama
14 Julai 2016 8:15 PG

bakal menjadi pelopor baru dlm segmen sedan kecil. pasti saga tergugat dgn harga yg ditawarkan kerana bezza kategori eev yang dapat pelepasan cukai oleh kerajaan.

Tanpa Nama
14 Julai 2016 8:28 PG

ada abs ebd ba dan vsc dgn harga macam tu mesti panas pisang goreng punya..

Tanpa Nama
14 Julai 2016 8:32 PG

kalau dibandingkan bonet saga hanya 413 liter banding bezza 508 liter. patut la bontot bezza nampak lebih tinggi dan besar.

Tanpa Nama
14 Julai 2016 8:35 PG

agak lambat Proton nak keluarkan saga dan persona. kategori ini paling laris di pasaran. sales proton pun banyak dari jualan saga dan persona

Tanpa Nama
14 Julai 2016 8:38 PG

apsal tinggi semacam je belakang dia.. dah mcm fiesta sedan pulak.

Tanpa Nama
14 Julai 2016 9:04 PG

pintu bonet sampai ke bawah.. design seperti vios pun ada.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger