Nombor Pendaftaran V Dibuka Kepada Awam Bermula Hari Ini


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran tempahan bagi siri pertama nombor pendaftaran kenderaan ‘V’ kepada orang awam bermula hari ini hingga 28 Julai.

JPJ dalam satu kenyataan hari ini berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor pendaftaran yang baharu bermula dengan huruf ‘V’.

“Ini bagi menggantikan siri nombor pendaftaran yang bermula dengan huruf ‘W’ yang digunakan sebelum ini,” kata kenyataan itu.

Orang ramai yang berminat boleh mengemukakan tempahan kepada Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan di sini dan panduan serta syarat-syarat lanjut mengenai tempahan boleh dilayari di laman web JPJ di http://www.jpj.gov.my/.

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger