Jika semalam kita berpeluang melihat model Bezza keluaran Perodua, tapi hari ini kita dikejutkan oleh Ozi Malaysia dengan dua keping gambar Proton Persona 2016! Perang gambar nampaknya sedang berlaku!
Kelibat Proton Persona 2016 ini nampaknya dirakamkan di dalam kilang Proton itu sendiri. Proton Persona 2016 ini dilihat varian atas jika dkira faktor part part seperti rim, diffuser dan lampu kabus.
Persona 2016 yang dibangunkan dari model Iriz dilihat nampak berbeza berbanding Iriz terutama rupa hadapan. Lampu yang lebih tirus dan chrome bar yang bersambungan pada lampu.
Rekaan lampu belakang pada saya amat menarik, berbentuk bujur badam dikelilingi jalur chrome dibahagian keliling dalam lampu. dibahagian bumper belakang pula terdapat rekaan diffuser dan terdapat lampu di tengahnya.
Persona 2016 bakal dijana oleh enjin Campro 1.3 dan 1.6 sepertimana Iriz yang dilengkapi VVT dan padanan gear CVT. Persona 2016 ini pada saya cukup menarik dan sedia untuk meneruskan legasi Persona terdahulu. Menurut sumber, Proton Persona 2016 bakal dilancarkan selepas pelancaran Perodua Bezza. Maknanya tak lama lagi la kan?!
+ comments + 1 comments
Model Persona akan meggunakan enjin 1.3L vvt dan 1.6L vvt untuk varian standard dan eksekutif.. Untuk varian premium kemungkinan akan menggunakan 1.6L vvt turbo..
Catat Ulasan