Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May Dalam Grand Tour


Selepas sekian lama menempa nama di Top Gear, kini trio popular dalam media automotif antarabangsa Jeremy Clarkson, Hammond dan May baru sahaja habis penggambaran episod pertama rancangan terbaru iaitu Grand Tour di Johannesburg, Africa Selatan.

Gambar pertama yang dikeluarkan oleh Amazon Studios memperlihatkan khemah di lokasi dengan tiga trak pikap yang diletak bersebelahan. Mitsubishi, Land Rover Defender dan Toyota Land Cruiser adalah beberapa pilihan yang terbaik untuk rupa bumi Afrika Selatan, dan kita boleh bayangkan mereka bertiga menggunakannya untuk episod ini.

Sebuah khemah yang mengandungi huruf G dan T untuk Grand Tour, hanya jika terbalik TG ia mengenang era Top Gear.. Namun, jelas mereka Grand Tour itu merupakan sesuatu yang baru dan tidak mengharapkan supaya seiras zaman klasik Top Gear UK dahulu. Sama ada untuk menjadi lebih baik atau lebih teruk.



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger