Impressi Pertama : Perodua Bezza Untuk Malaysia Dan Asean


Seperti yang diketahui, Perodua bakal melancarkan sebuah sedan pertama mereka pada 21 Julai ini yang dikenali sebagai Bezza. Sebelum ini beberapa gambar Bezza telah viral di media sosial. Di sini saya kongsikan info yang dikupas dari beberapa blogger yang telah dipilih untuk pandu uji Perodua Bezza.

Lokasi pandu uji model Bezza ialah di litar pandu uji Perodua yang baru siap dibina. Ia merupakan litar yang lengkap dengan selekoh panjang, cerun bukit dan permukaan-permukaan khas (berbatu, bergelombang, berlubang dan sebagainya).

Ramai juga yang tertanya kenapa model ini langsung tidak pernah dijumpai di mana-mana lokasi dan jalan raya umum sepertimana ujian yang dilakukan oleh Proton? Menurut pihak Perodua, Bezza dibangunkan di fasiliti rakan kongsinya di Jepun. Oleh sebab itu, Perodua mampu berahsia mengenai model ini. Ia mula hadir di Malaysia apabila Perodua sudah mula membinanya di kilang mereka di Sungai Choh itu.

Model Bezza ini tidak diambil dari mana-mana model Daihatsu atau Toyota, ia dibangunkan di atas platform Axia dan rekabentuk badan dan ruang kabin direka oleh Perodua sendiri. Ini ialah model pertama Perodua menggunakan kepakaran rekabentuk tempatan secara seratus peratus.

Model sedan ini dibina dengan kandungan bahan tempatan yang sangat tinggi, malah antara yang tertinggi di kalangan kenderaan tempatan. Perodua juga terpaksa menghasilkan buku panduan (manual book) sendiri untuk model ini kerana model ini tidak wujud di mana-mana pun.

Perodua Bezza hadir dengan 3 variant Standard G 1.0 vvt-i, Premium X 1.3 dual vvt-i, Advance 1.3 dual vvt-i. Semua model dilengkapi ABS, EBD, BA, Ruang bonet yang besar, 508 liter. Model advance pula dilengkapi VSC (Vehicle Stability Control). Selain itu ia turut mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Asean ANCAP.

KEMASKINI Harga :
Dari segi harga pula, bagi semenanjung ia bermula RM37,300 hingga RM50,800. Anda boleh lihat jadual harga di bawah. Harga mampu milik kerana ia mungkin faktor kereta tersebut diiktiraf sebagai EEV yang mendapat pelepasan cukai oleh kerajaan. Ia juga mendapat 5 tahun waranti oleh Perodua.

Ia juga kemungkinan besar akan diambil oleh Daihatsu untuk pasaran negara Asean, menjadi satu kebanggaan kerana Jepun mengambil model tempatan untuk dipasarkan dengan nama mereka. Perodua Bezza ini bakal mencabar sedan kecil yang lain seperti Saga dan Attrage di pasaran tempatan.

dipetik dan disunting dari artikel asal Careta
Sumber Imej : Careta dan Paultan

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
































Share this article :

+ comments + 3 comments

Tanpa Nama
14 Julai 2016 12:52 PTG

menarik juga!

15 Julai 2016 2:59 PTG

tampilan gaya yang oke

15 Julai 2016 3:00 PTG

optimis laku di pasaran

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger