Alibaba Perkenal Kereta Pintar


Alibaba nama yang tidak asing lagi dalam arena e-dagang juga mempunyai pelaburan dalam Lazada telah memperkenalkan kenderaan pintar berinergrasi internet. Kenderaan pintar ini dibangunkan bersama SAIC Motor Corp, salah satu pengeluar kereta dari China, dan ia menggunakan sistem operasi YunOS daripada Alibaba. Sistem operasi YunOS juga turut menjana peranti-peranti pintar lain seperti peti sejuk dan peralatan elektronik yang lain.

Kereta yang bernama OS’Car RX5 ini boleh memahami arahan suara. Sebagai contoh, suara boleh digunakan untuk mengawal lagu. Kereta ini juga turut mempunyai ID tersendiri yang mana boleh digunakan untuk pembayaran minyak melalui Alipay, mahupun pembelian seperti minuman dan sebagainya. Alibaba menekankan mereka bukanlah membina internet dalam kereta sebaliknya lebih kepada kereta dalam internet. OS’Car RX5 ini telah boleh dipra-tempah dan dibeli di China pada harga bermula RMB99800 (~RM59,360).
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger