Wanita Melecur Telefon Bimbit Meletup Ketika Isi Minyak


Malang tidak berbau. Seorang wanita melecur hampir seluruh badan dipercayai akibat menggunakan telefon bimbit ketika mengisi petrol dalam kejadian di sebuah stesen mi­nyak di Setapak Indah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.20 petang itu, mangsa, T. Sarishna, 25, melecur selepas berlaku letupan kecil di kereta Perodua Axia miliknya.

Penolong Pengarah Operasi Ja­batan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.25 petang dan sebanyak lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, pihaknya tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

“Pihak ambulans tiba pada pukul 2.07 petang dan mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

“Tiada sebarang kebakaran berlaku dan pihak forensik sedang menyiasat punca kejadian. Namun kita percaya ia disebabkan penggunaan telefon bimbit ketika mengisi minyak,” katanya dalam ke­nyataan di sini.

- Utusan


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger