SPAD Sedia 40 MyBAS Meliputi 19 Laluan Di Perak


Sebanyak 40 buah bas henti-henti atau MyBAS disediakan di Perak meliputi 19 laluan termasuk tujuh laluan 'feeder' yang merangkumi 312 kilometer, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata fasa pertama MyBAS di Perak bermula pada 1 Jun lepas meliputi empat laluan utama iaitu dari Stesen Bas Ipoh ke Terminal Amanjaya, Chemor, RTC Gopeng, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta dua laluan 'feeder' iaitu oldtown (pekan lama) dan Jusco Ipoh.

"Pengangkutan awam ini menawarkan perkhidmatan yang lebih bersepadu, liputan rangkaian laluan yang lebih baik, laluan baharu serta perkhidmatan yang boleh dipercayai," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Ipoh untuk meninjau perkhidmatan MyBAS di sini, hari ini.

-- Bernama
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger