Skandal Diesel: Volkswagen Kena Bayar AS$15 Bilion Di AS


Pembayaran yang perlu dibuat Volkswagen AG membabitkan hampir 500,000 pengguna kenderaan diesel jenama itu dan pengawal selia Amerika Syarikat (AS) berhubung isu pencemaran udara kenderaan dianggarkan bernilai lebih AS$15 bilion (RM61.55 bilion) dalam bentuk tunai, kata sumber. 

Pembayaran itu, yang akan diumumkan hari ini di Washington, termasuk AS$10.033 bilion (RM41.17 bilion) bagi tawaran membeli balik kenderaan daripada pemilik dan hampir AS$5 bilion (RM20.52 bilion) dalam bentuk dana bagi mengimbangi pelepasan diesel berlebihan dan menggalakkan kenderaan pelepasan asap sifar, kata sumber itu. 

Jurucakap bagi Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS dan Volkswagen enggan mengulas. Sumber berkata, pemilik kenderaan 2.0 liter diesel VW 2009-2015 akan menerima ganti rugi sekurang-kurangnya AS$5,100 (RM20,928.10) bersama-sama nilai anggaran kenderaan pada September 2015, iaitu harga sebelum skandal itu tercetus. 

Beberapa pemilik kenderaan akan menerima ganti rugi hingga AS$10,000 (RM41,035.50), bergantung kepada nilai kenderaan. Sejumlah AS$10.033 bilion adalah nilai maksimum yang perlu dibayar VW sekiranya ia harus membeli balik semua kenderaan, tetapi nilai sebenar VW perlu membayar berkemungkinan jauh lebih rendah sekiranya pemilik mengambil keputusan sebaliknya.

- Reuters

Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger