Proton Saga FLX Wagon?!


Dalam kita sibuk membincangkan mengenai produk keluaran Proton yang bakal hadir seperti Persona dan Saga 2016, hari ini sekali lagi satu kejutan diterima! ia seakan akan sebuah Proton Saga FLX Wagon sedang ditarik!

Gambar ini diperoleh daripada FB saudara Zainul Azraai dan sudah mula viral sejak semalam. Dari apa yang saya dapat perhatikan ia sukar ditafsir sebagai gambar edit berdasarkan beberapa sudut gambar ia nampak tepat keseluruhannya.

Mungkin ia sebuah model mule untuk sebuah wagon atau MPV kecil atau boleh jadi sebuah crossover SUV. Sebelum ini juga kita telah lihat beberapa model mule seperti Exora bumbung leper untuk Preve dan Savvy yang lebih lebar untuk Iriz.

Jika diperhatikan ia lebih kepada sebuah pembangunan model MPV kompak yang bakal bersaing dengan Perodua Alza dan Grand Livina kelak. Ia mungkin menjadi persediaan Proton yang dikatakan akan menggunakan platform model Suzuki Ertiga sebagai MPV kompak pertama keluaran mereka tidak lama lagi.


info kemaskini :

Dari maklumat dalaman yang kami perolehi, ini adalah hanya sebuah prototaip. Oleh itu, apa yang anda inginkan di sini adalah mungkin hanya untuk awal Reka bentuk kajian, tidak dijadikan untuk pengeluaran. Proton telah pun mempunyai begitu banyak model, jadi ia perlu dirasionalkan. Di samping itu, Proton telah membuat pengumuman tidak berhasrat untuk mewujudkan variasi wagon.


Share this article :

+ comments + 5 comments

Tanpa Nama
29 Jun 2016 8:28 PG

bumbung sudah lbh tinggi. ini mule model mpv kecil proton. bila diorang dah uji model mule baru hasilkan model prototaip dan kemudian model produksi.

Tanpa Nama
29 Jun 2016 12:17 PTG

teringat saya akan kereta AD Resort :-)

Tanpa Nama
29 Jun 2016 12:41 PTG

kalau kita tengok pada struktur bumbung ia bukan untuk sebuah wagon tetapi lebih kepada mpv kecil. ia masih mule model. dan akan berubah setelah prototaip siap sepenuhnya.

Tanpa Nama
29 Jun 2016 1:04 PTG

gambar edit kot...

26 Julai 2016 2:33 PG

mule..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger