Program 'Go-To-Safety-Points' Diperluas Ke Stesen Minyak Seluruh Negara


Program 'Go-To-Safety-Points', tempat bagi orang ramai mendapatkan bantuan kecemasan di stesen Petronas, akan diperluas ke seluruh negara meliputi 1,067 stesen minyak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata program itu, yang diadakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (Petronas), kini dilaksanakan di 512 stesen.

“Selain itu, program PDRM di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) juga bakal diperluas ke stesen BHP dan Caltex tidak lama lagi,” ujarnya kepada pemberita ketika melancarkan program ini.

Menerusi program tersebut, pihak Polis akan memberi latihan kepada pengusaha stesen minyak dalam menempuh situasi kecemasan. Selain itu terdapat latihan pertahankan diri, memberkas penjenayah, mengendalikan mangsa trauma dan menghulurkan bantuan sewajarnya
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger