Lotus Catat Keuntungan Buat Pertama Kali Selepas 68 Tahun


Lotus mula mencatat keuntungan buat pertama kali selepas 68 tahun setelah kerugian sehingga £168 juta (RM927 juta) dicatatkan tiga tahun lalu, menurut laporan Eastern Daily Press. Lotus sejak 2014, Rancangan tiga-tahun yang dibuat oleh CEO Jean-Marc Gales kini nampaknya telah pun membuahkan hasil setelah menyertai Lotus sejak 2014.

Menurut beliau, Lotus mempunyai pelan pemulihan 3 tahun yang kini sedang berjalan dengan lancar, telah meningkatkan pendapatan dan sedang merancang untuk menghasilkan lebih dari 2,000 unit kereta setiap tahun. Selain itu, perbelanjaan overhead telah turun 40% dalam masa dua tahun, serta telah mengurangkan kakitangannya dari 1,200 kepada hanya 900 orang seluruh dunia.

Pengedar di seluruh dunia juga telah ditambah bagi membolehkan lebih banyak kereta dapat dijual, dan Lotus juga kini sedang mensasarkan pasaran Amerika Syarikat dengan model tertinggi Evora 400. Sasaran tahun ini ialah melebihi 2,000 unit dengan 760 unit kereta telah ditempah.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger