Litrak Tawar Diskaun Tol Sempena Aidilfitri


Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) mengumumkan diskaun tol bagi pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sprint sempena Hari Raya Aidilfitri pada 6 Julai ini.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi berkata, diskaun tol sebanyak RM0.60 diberikan kepada pengguna LDP bagi semua kelas kenderaan, manakala pengguna Lebuhraya Sprint untuk semua kelas kenderaan pula akan menikmati diskaun tol RM0.20.



“Diskaun tol sempena Aidilfitri pada 6 Julai ini akan bermula pukul 12.01 tengah malam dan berakhir pada 11.59 malam,” katanya dalam sidang akhbar mengenai pengumuman tersebut yang turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh. 

- UTUSAN ONLINE



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger