Isu Tumpahan Minyak - ANIH Berhad Minta Henti Viral Gambar Lama


Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) meminta orang ramai tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang menyebarkan gambar lama lokasi kemalangan dipercayai akibat tumpahan minyak.   

Ketua Komunikasi Korporat ANIH Berhad, Fazlyaton Hussein berkata, tindakan pihak terbabit menviralkan kembali gambar berkenaan sangat dikesali dan tidak bertanggungjawab. 

"Kami ingin tegaskan bahawa gambar diviralkan di laman sosial Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp itu adalah gambar lokasi kejadian tumpahan minyak tahun lalu. 

"Ada pihak yang mungkin ada niat tertentu menyebarkan kembali gambar sama sekitar April lalu dan kami sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. 

"ANIH Berhad sentiasa berusaha memastikan keselamatan pengguna LPT dan meminta orang ramai yang akan menggunakan lebuh raya ini sepanjang musim perayaan Aidilfitri minggu depan mengikuti laporan rasmi dan perkembangan terkini trafik melalui akaun Twitter @LPTTrafik dan FB Lebuhraya Pantai Timur," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini. 

Difahamkan gambar bersama status mendakwa ada pihak menyimbah minyak dengan sengaja di LPT mula tersebar di FB, Jumaat lalu dan mula dikongsi pengguna laman sosial berkenaan. 

-Berita Harian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger