Diskaun 10 Peratus Bagi Pengguna Lebuh Raya KESAS Sempena Aidilfitri


Konsortium Expressway Shah Alam Selangor (KESAS), pengendali bagi Lebuhraya KESAS telah mengumumkan diskaun tol 10% kepada pengguna pada 6 Julai ini sempena Hari Raya Aidilfitri.

Diskaun tersebut akan bermula jam 12:01 pagi dan berakhir pada 11:59 malam pada 6 Julai. Dengan diskaun ini, bagi kenderaan Kelas 1 (kecuali teksi) akan membayar RM1.80 berbanding RM2.00 pada hari biasa.

Menurut CEO KESAS Imran Gulcharan Abdullah, pemberian diskaun ini adalah sebagai tanda penghargaan buat semua pengguna KESAS. Malah pengguna lebuhraya ini juga digalakkan menggunakan kaedah pembayaran secara elektronik yang mampu membantu melancarkan lagi keadaan trafik.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger