Sedikit Paparan Badan Proton Saga 2016!


Jika kita telah melihat rupa sebenar Perdana 2016, selepas itu Persona 2016, kini kita lihat sedikit rekaan badan Saga 2016. Walaupun gambar ini mungkin sudah lama ada di internet, jika diperhatikan pada gambar ini, ia adalah Saga berdasarkan spyshot sebelum ini. Model Saga 2016 dibangunkan berasaskan Saga sedia ada. 

Rekaan Saga 2016 lebih dikemaskini, rekaan lampu yang lebih menawan, badan lebih panjang dan luas serta lampu belakang tirus V. Ketiga-tiga rekaan Saga, Persona dan Perdana mempunyai identiti rekaan yang sama, ia menunjukkan hala tuju masa hadapan Proton yang dilihat sangat baik. 

Apa yang diketahui sebelum ini, Saga mungkin akan diletakkan dalam segmen yang lebih kecil iaitu dalam segmen A apabila menggunakan enjin 1.0 baru Proton nanti. Untuk tahun ini, ia mungkin akan menggunakan Campro 1.3 VVT sepertimana Iriz. Saga 2016 dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini selepas Persona dan Perdana.


Share this article :

+ comments + 5 comments

Tanpa Nama
17 Mei 2016 1:31 PTG

saya harap proton dpt kurangkan kos penyelenggaraan. kereta kecil tp kos servis tinggi pun susah juga nak beli.

1 Jun 2016 12:17 PTG

sudah masuk standart internasional

1 Jun 2016 12:17 PTG

layak untuk di jual di pasar

1 Jun 2016 12:18 PTG

mobil untuk kebanggan malaysia

Tanpa Nama
10 Jun 2016 3:39 PG

Perdana dgn Persona dah dpt full view dah. Tinggal Saga je belum dpt tgk. Come on ;)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger