Rupa Sebenar Proton Persona 2016 Sangat Menarik!


Sesuatu yang dinanti-nantikan akhirnya dapat dilihat hari ini. Pada hari ini kita dikejutkan oleh imej yang berjaya dirakamkan oleh pembaca paultan.org. 

Sebuah model keluaran Proton iaitu Persona 2016 yang bakal secara rasmi menemui kita pada penghujung bulan Mei ini sedang melakukan rakaman video iklan tv. Dikhabarkan Persona dan Perdana akan dilancarkan serentak.

Dari apa yang kita lihat, Persona ini jelas dibangunkan daripada model Iriz. Dengan rekaan hadapan yang lebih menarik, lampu lebih garang, bumper baru dengan foglamp rekaan baru.

Dari pandangan sisi, cermin sisi pandang belakang masih seperti Iriz manakala pintu belakang rekaan baru ciri sedan mengikut rekaan seperti Preve.

Bahagian belakang nampak sangat menarik pada saya kerana ia tidak mengecewakan bagi sebuah sedan yang dibuat dari sebuah hatchback. 

Ciri-ciri kereta asia yang jelas, Rekaan lampu bulat badam, ruang no plat kenderaan ia setanding dengan kereta Jepun dan Korea. Bahagian bumper belakang juga terdapat reflektor dan lampu tengah sepertimana Iriz. Lampu brek ketiga dilihat berapa di bahagian atas cermin belakang. 

Model yang dirakamkan ini mungkin Persona varian standard kerana beberapa ciri seperti tiada lampu kabus, pemegang pintu dan cermin sisi warna hitam. 

Secara keseluruhan, ia tidak mengecewakan, malah kesinambungan kecemerlangan Persona sebelum ini mampu diteruskan. Cuma saiz rim dan tayar perlu sesuai dengan saiz dan rekaan sedan, mungkin rim 195/55/15 atau 195/50/16. Apa pula pandangan anda?








Share this article :

+ comments + 15 comments

Tanpa Nama
15 Mei 2016 10:08 PTG

design depan lebih Wow! saya suka. pandang belakang sekali imbas mcm dari korea. good job proton!

Tanpa Nama
15 Mei 2016 10:10 PTG

bumper hadapan boleh masuk iriz tak?

Tanpa Nama
15 Mei 2016 10:12 PTG

guna balik rim sukan iriz 1.6. baru nampak ok. mcm ni dh mcm katun

Tanpa Nama
15 Mei 2016 10:13 PTG

kena tukar semua bahagian hadapan. bonet, lampu bumper. fender sama kot.

Tanpa Nama
15 Mei 2016 10:18 PTG

lampu belakang sekali pandang seperti kia cerato. rekaan dah setaraf jenama terkenal. saya harap proton terus meningkatkan kualiti supaya terus menjadi pilihan semua orang.

Tanpa Nama
15 Mei 2016 10:26 PTG

kenapalah dulu proton tak design preve seperti persona ni..

Tanpa Nama
15 Mei 2016 10:29 PTG

kalau korang perasan.. lampu hadapan persona 2016, perdana 2016, saga 2016 adalah identiti proton yang baru. tak sabar nak tengok trio 3 model ini keluar nanti.

Tanpa Nama
15 Mei 2016 10:35 PTG

letak drl kat petak foglamp.

Tanpa Nama
15 Mei 2016 10:39 PTG

masuk rim city pun dh ok saya rasa.

Tanpa Nama
16 Mei 2016 10:27 PG

lepas ni kita tgk saga mcm almera..

Tanpa Nama
16 Mei 2016 10:53 PG

nampak pelik.

Tanpa Nama
18 Mei 2016 10:41 PG

rekaan depan n belakang dah bagus tp sayangnya proportion body dgn roda nampak pelik..terlalu pelik....terlepas pandang ke ape? terlebih kecik dari body...nmpk mcm kereta dari india yg xde kualiti...proton sila jgn buat kesilapan dgn mengabaikan first impression org ramai...nama je persona tp org xkan terpesona dgn rekaan mcm dugong tu. sy tau mereka kereta bukan suatu yg mudah tp jgn ambil mudah utk buat suatu yg diminati org ramai. sy bimbang model ni jd mcm model juara,ada kualiti tp kurang diminati..

Tanpa Nama
10 Jun 2016 3:32 PG

Benda pertama nak buat kalau beli kereta ni, tukar rim 16" 7jj baru balance & proportion tak dugong sgt hehe

13 Ogos 2016 12:57 PG

Lepas ni proton keluar model baru pula.Proton kerap keluar model baru ...hehe



Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
* Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
akaun bank
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
*. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
dari awak.

Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
untuk memberi bantuan kewangan kepada Everybody
Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

email: cashfirmarena@gmail.com


Selamat sejahtera
Sir Joel Williams
FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
Ketua Pegawai Eksekutif
Tel: +60182913326
E-mel: cashfirmarena@gmail.com
Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger