Proton Persona 2016 Kelihatan Lagi!!!


Hari ini saja sudah banyak imej berjaya dirakamkan. Kali ini, Funtasticko berjaya memuatnaik video dan imej Persona yang sama untuk tujuan rakaman iklan. Ia lebih jelas, nampaknya sangat menarik seolah-olah ia bukan berasal dari sebuah hatchback.

Persona ini berasaskan Iriz dalam segmen B tetap kelihatan unggul dengan rekaan yang cukup menarik seakan-akan hadapan Civic FC dan belakang Hyundai Verna. Rekaan rim sukan yang garang kelihatan 15 inci nampak lebih baik berbanding pesaing City, ada chrome bar di bahagian no plat kenderaan menjadi trademark Proton.

Apa yang dimuatkan di bawah hood masih lagi misteri. mungkinkah Campro 1.3 dan 1.6 VVT sepertimana model Iriz dengan padanan kotak gear CVT. Harga mungkin dalam lingkungan harga pasaran Iriz semasa. Persona 2016 dijangka akan menemui kita serentak dengan pelancaran Perdana baharu. Tak sabar rasanya kan? :-)


Share this article :

+ comments + 4 comments

17 Mei 2016 3:19 PTG

model yang cukup sempurna

17 Mei 2016 3:20 PTG

bisa bersaing di pasaran

mobil kebanggaan malaysia

Tanpa Nama
18 Mei 2016 11:29 PTG

nampak macam peugeot 207 sedan yg tiada orang beli tu huhu

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger