Sebenarnya semakin banyak gambar Perdana 2016 tersebar di internet. Kali ini ia berwarna putih bersebelahan Nissan Teana. Mungkin ia untuk perbandingan bertujuan sebagai latihan kepada jurujual. Gambar ini diperolehi daripada FB Proton Perdana 2016.
Dengan lampu LED DRL, bodykit yang besar, parking sensor hadapan, serta rekaan lampu hadapan dan belakang ia kini jauh berbeza dengan model asal biarpun pada pandangan sisi ia masih kelihatan seperti Accord 2.4 cuma dibezakan rim yang menarik.
Tempahan Perdana 2016 ini telah dibuka dan kita masih tertunggu-tunggu akan tarikh sebenar pelancaran model ini. Pada pandangan kami, Perdana bukanlah tumpuan utama Proton kerana mereka lebih tertumpu kepada segmen B dan C namun kehadiran Perdana 2016 ini tidak mengecewakan pembeli.
Di sini kami sajikan beberapa gambar terdahulu yang mana ia berbeza varian untuk tontonan anda semua.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
+ comments + 3 comments
masih layak di pasarkan
TAHNIAH PROTON UNTUK SEGMEN D.
dah lama dah tengok ni.. Asyik keluar gambar jer.. bila proton nak launch? Boring dah asyik tengok spyshot..
Catat Ulasan