Perodua Myvi 1.5 Facelift Bakal Dilancarkan 7 Mei 2016 Sabtu Ini


Berita yang sudah tersebar mengenai pelancaran Myvi 1.5 facelift pada 7 Mei 2016 sabtu  ini sudah mula tersebar di kebanyakan media sosial. Dari apa yang kami perolehi ketika ini, nampaknya Perodua akan memperkenalkan Myvi 1.5 Advance facelift. 

Ia kelihatan kemasan kosmetik di mana terdapat sentuhan 2 tona warna hitam di bumbung dan biru di badan. Warna hitam ini turut meliputi bahagian cermin sisi, spoiler dan pembuka pintu bonet belakang. 

Selain itu, ia mungkin turut mendapat sentuhan baru pada bahagian interior. Jika disebut mengenai jentera penggerak, ia mungkin masih menggunakan enjin dan kotak gear yang sama.

Dari aspek harga pula, kami belum menerima apa-apa maklumat. Myvi merupakan kereta paling laris di Malaysia sejak ia mula diperkenalkan dan untuk meneruskan keunggulan ini, maka perlu ia diberi nafas baru agar terus kekal segar di hati pembeli.

Di Jepun, kembar Myvi, generasi baru Boon dan Passo sudahpun dilancarkan, dan adakah ini facelift terakhir bagi Myvi? kerana model baru Myvi akan dilancarkan pada tahun mendatang kelak.




Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger