Lagi Imej Persona 2016 Berjaya Dirakamkan!


Sekali lagi kita dapat melihat rupa sebenar Proton Persona 2016. Imej ini telah dimuatnaik oleh blog Automachi, di mana Persona varian atas ini sedang melakukan penggambaran iklan. Ini bermakna, desas desus pelancaran adalah dalam waktu terdekat. Seperti apa yang telah diumumkan sebelum ini, Persona 2016 dijangka dilancarkan sebelum hari raya Aidilfitri. 

Meneruskan legasi popular Persona terdahulu dalam segmen C, Persona ini berasaskan Iriz dalam segmen B tetap kelihatan unggul dengan rekaan yang cukup menarik seakan-akan Civic FC dan Hyundai Verna. Rekaan rim sukan yang garang kelihatan 15 inci, ada chrome bar di bahagian no plat kenderaan.

Apa yang dimuatkan di bawah hood masih lagi misteri. mungkinkah Campro 1.3 dan 1.6 VVT sepertimana model Iriz dengan padanan kotak gear CVT. Harga mungkin dalam lingkungan harga pasaran Iriz semasa. Persona 2016 dijangka akan menemui kita serentak dengan pelancaran Perdana baharu.




Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
17 Mei 2016 12:46 PTG

hebat proton

Tanpa Nama
17 Mei 2016 1:29 PTG

nampak kemas

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger