Teksi Mini Bakal Diperkenalkan


Menurut Berita Harian, Kerajaan bakal memperkenalkan perkhidmatan Teksi Mini bagi bandar-bandar besar utama di Negara ini terutamanya Kuala Lumpur dengan kadar bayaran yang lebih murah kepada pengguna.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan perkhidmatan itu.

Teksi mini itu dikatakan akan menggunakan kenderaan dengan kuasa kuda di bawah 1000 cc seperti Perodua Axia kerana kos penyelenggaran yang rendah. Ini merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang berhadapan dengan taraf hidup yang tinggi termasuk kos pengangkutan.

Teksi mini akan menawarkan perkhidmatan dalam jarak yang dekat seperti dari mana-mana stesen LRT ke rumah pengguna. Perkhidmatan seumpama ini sudah lama dipraktikkan di luar negara seperti teksi motosikal atau basikal roda tiga di Indonesia dan Thailand. 

Teksi Mini mampu untuk bersaing dengan UBer dan Grabcar, walaubagaimanapun, pemandu teksi konvensional mula resah kerana pendapatan mereka akan terjejas jika kerajaan meneruskan niat untuk memperkenalkan teksi mini pada hujung tahun ini. 
Share this article :

+ comments + 3 comments

8 Mac 2016 11:26 PG

cocok buat texi

buat keluarga kecil pas banget

Tanpa Nama
8 Mac 2016 12:10 PTG

saya sangat setuju ia dilancarkan. kadar bayaran teksi sekarang tinggi sedangkan kita hanya naik ke lokasi yang tidak jauh sangat. sesuai untuk penumpang yang ingin ke lokasi tertentu di dalam bandar. saya sokong!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger