Stesen Kereta Api Paling Mahal Di Dunia Dibuka Hari Ini


Stesen kereta api paling mahal di dunia dibuka hari ini, di tapak Pusat Dagangan Dunia yang musnah pada 14 tahun lalu dalam serangan 11 September. Stesen yang dibina dalam masa 12 tahun, tiada upacara rasmi pada jam 3.00 petang waktu tempatan menandakan pembukaan kemudahan itu kepada pengguna Hab Pengangkutan Pusat Dagangan Dunia terletak bersebelahan tapak Menara Kembar, yang musnah dalam kejadian berkenaan. 

Pusat itu menghubungkan laluan kereta api PATH ke New Jersey dengan laluan kereta api bawah tanah New York, menyediakan laluan pejalan kaki tertutup ke menara Pusat Dagangan dan juga menempatkan pusat beli-belah dan restoran. Bangunan berkenaan, yang direka arkitek berketurunan Sepanyol-Switzerland, Santiago Calatrava dan digelar Oculus, berbentuk bujur menegak yang diperbuat daripada rusuk keluli dan kaca diletakkan secara bujur melintang, menghala ke langit seperti sayap burung. 

Ia berukuran 107 meter panjang darab 35 meter pada titik paling luas, menurut laman web Calatrava. Hari ini cuma sebahagian pembukaan stesen itu dan kedai akan dibuka pada Ogos ini. - AFP
Share this article :

+ comments + 4 comments

29 April 2016 12:12 PTG

Saya Mrs Queen pemberi pinjaman pinjaman pribadi, kami memberikan pinjaman pada tingkat 2%
Apakah Anda membutuhkan pinjaman untuk membayar utang Anda?
Anda membutuhkan pinjaman untuk memulai bisnis,
pinjaman untuk membayar tagihan,
Kami di sini untuk memberikan pinjaman dari jumlah apapun, silahkan hubungi kami melalui alamat perusahaan:
queendanielloanfirm@gmail.com Tuhan memberkati.

3 Ogos 2016 12:50 PTG

sayang sekali kalau tidak berfungsi

3 Ogos 2016 12:52 PTG

pelayanan umum harus baik

sudah sepantasnya stasiun bagus

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger