SPYSHOTS : Ujian Jalan Raya Proton Persona Dengan Tampalan Nipis!



Proton Persona 2016 sekali lagi ditemui! kali ini pembaca paultan, Pdud Kronos berjaya merakamkan gambar yang sangat jelas kerana pelekat penyamaran tidak lagi setebal sebelum ini. Ia sangat jelas menunjukkan rupa sebenar kereta ini.

Rekaan lampu hadapan direka dengan lebih tirus dan tidak cembung seperti Iriz dan berhubung dengan krom bar logo Proton pada bahagian gril hadapan. Bahagian bumper bawah gril hadapan tidak jauh beza dengan Iriz cuma dibezakan dengan lampu kabus bulat berbanding Iriz berbentuk tiga segi. Bahagian sisi pula, ia sama seperti Iriz di bahagian cermin sisi A-pillar, corak lekuk pada pintu tidak sama seperti Iriz dan amat berbeza pada C-pillar kerana ia lebih mirip seperti Preve dan Saga 2016.

Rekaan belakang kereta ini yang menunjukkan ia sedan berbanding Iriz menunjukkan dengan jelas lampu belakang sedikit cembung, tirus ke pintu penumpang belakang. Bonet belakang menampilkan rekaan trim melintang berhubung kedua-dua belah lampu di mana bahagian bawahnya tempat nombor plat kenderaan. Walaubagaimanapun bahagian bumper belakang masih menjadi rahsia kerana samaran yang tebal.

Iriz 75 mm lebih tinggi daripada Honda City dan Toyota Vios, ini akan menjadikan Persona 2016 ini yang berdasarkan Iriz kelihatan lebih tinggi dari pesaing segmen B. Persona 2016 dikhabarkan akan muncul selepas Proton Perdana 2016 dilancarkan dan sebelum kemunculan Proton Saga 2016. Pilihan Enjin seperti Iriz mungkin akan menjana Persona ini iaitu 1.3 liter VVT dan 1.6 VVT dengan gear manual 5 kelajuan atau CVT.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 

 
 
 

sumber paultan.org
Share this article :

+ comments + 6 comments

Tanpa Nama
2 Mac 2016 3:52 PTG

naza forte. mesti cantik.

Tanpa Nama
3 Mac 2016 10:38 PG

sekali imbas belakang mcm forte. depan ada sensor front park assist.

Tanpa Nama
3 Mac 2016 10:47 PG

saya tidak merasakan ia terlalu tinggi. mungkin akan diubahsuai pada ketinggian bahagian roda.

Tanpa Nama
3 Mac 2016 12:11 PTG

Tahniah PROTON

Tanpa Nama
3 Mac 2016 2:13 PTG

bahagian belakang tidak mengecewakan. selalu jika sebuah hatchback dijadikan sedan pasti bahagian belakang tidak seimbang. tapi kali ini iriz sedan nampak kemas. cuma ketinggian tidak pasti akan menampakkan ia terlalu tinggi atau tidak.

Tanpa Nama
3 Mac 2016 2:15 PTG

bahagian depan tak sama macam iriz krn lampu dan gril sudah berubah. akan nampak beza jika dibuat perbandingan.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger