SAF - Jenama Kenderaan Baru Di Malaysia


Satu lagi jenama kenderaan baru yang dibuat di Malaysia bakal diperkenal dengan nama SAF oleh syarikat tempatan iaitu Enggang Keramat Automotive Sdn Bhd. Dua model kenderaan akan diperkenalkan iaitu SUV SAF Landfort dan pikap SAF Striker. SAF itu dalam Islam bermaksud ‘barisan dalam solat’.

Kedua-dua model kenderaan ini dibangunkan daripada model pikap Lion F22 dan SUV Landfort dari China iaitu Foday. Kenderaan ini dipasangkan di Oriental Assemblers, Tampoi, Johor iaitu lokasi sama dengan pemasangan model Cherry di Malaysia.

Hanya satu jenis enjin sahaja ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu 4G69S4N 2.4 liter petrol yang diperoleh dari Mitsubishi bagi kedua-dua model tersebut. Enjin ini menghasilkan kuasa sehingga 134 hp pada 5,250 rpm dan tork 200 Nm dari 2,500 hingga 3,000 rpm. 

Turut ditawarkan dengan dua transmisi iaitu manual lima-kelajuan dan automatik enam-kelajuan. Bagi SUV SAF Landfort, ia turut ditawarkan dengan pacuan 2WD dan 4WD, sementara hanya 4WD bagi SAF Striker.

Harga bagi SAF Striker dijangka pada harga di bawah RM100,000, manakala SAF Landfort pula kurang dari RM150,000. Bakal dilancarkan pada April ini, Enggang Keramat mensasarkan 100 unit jualan bagi setiap model sebagai permulaan, dan telah mempunyai 20 pengedar, kesemuanya pusat 3S di seluruh negara termasuk Malaysia Timur.

Spesifikasi bagi kenderaan ini masih belum dimaklumkan, namun ia akan dilengkapi dengan dua beg udara dan ABS EBD, tanpa kawalan kestabilan. Sebelum ini pada suku pertama tahun lepas, kita telah lihat spyshot ujian jalan raya jenama Foday bagi model Explorer 6 di jalan raya timur barat Gerik Perak. 

Di Indonesia, jenama Foday ini juga kelihatan seperti dibangunkan oleh Esemka. Esemka merupakan kerjasama di antara beberapa buah sekolah vokasional di Solo, Jawa tengah yang mereka bentuk dan membina kenderaan.

Foday Landfort




 Foday Lion F22









Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger