Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) memaklumkan perubahan kepada laluan bagi semua perkhidmatan tren shuttle di Wilayah Timur bagi memberi laluan kepada kerja baik pulih jambatan dan landasan, mulai semalam.
Dalam satu kenyataan, KTMB menjelaskan, selaras perubahan itu, maka semua perjalanan akan bermula dari stesen Tumpat dan berakhir di stesen Dabong, di Kuala Krai, Kelantan.
Katanya, kerja baik pulih jambatan dan landasan yang musnah itu dibuat susulan banjir besar melanda kawasan Pantai Timur pada 2014 lalu.
"KTM Berhad berharap orang ramai khususnya penduduk setempat dapat memastikan keselamatan masing-masing supaya kerja baik pulih jambatan ini berjalan lancar.
"Sebarang makluman terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Sebarang maklumat sila hubungi pusat panggilan KTM Berhad di talian 03-22671200," katanya.
-Berita Harian
Catat Ulasan