Konsep Stesen Minyak Digital Sepenuhnya


Dalam era zaman yang semakin berubah seiring teknologi, stesen minyak juga tidak ketinggalan. Satu inisiatif telah dilakukan satu konsultan terkemuka, Accenture, memperlihatkan konsep stesen minyak digital yang mungkin akan digunakan lebih meluas di masa akan datang.

Konsep ini dipanggil Next Retail yang mana ia menggunakan telefon pintar, jam tangan pintar, dan juga beberapa sensor yang diletakkan di stesen minyak berkenaan. Pengguna hanya perlu mendaftar pada telefon pintar termasuk info akaun kredit untuk memulakan aplikasi. 

Apabila tiba di stesen minyak, sensor berbentuk beacon akan mengesan pengguna dan memperlihatkan identiti pengguna pada skrin pam minyak. seterusnya menetapkan berapa jumlah yang ingin diisi dan mula isi minyak. 

Ketika mengisi minyak, skrin pada pam minyak akan memaparkan tawaran untuk pengguna, Sekiranya berminat, tempahan tambahan ini boleh dibuat terus di pam minyak dan ambil tempahan di kedai stesen minyak tersebut seperti air minuman, makanan ringan, biskut dan sebagainya.

Sistem ini dilihat sangat efisien di bandar-bandar utama negara kerana ia menjimatkan masa, memudahkan pengguna. Kita seharusnya bersedia menerima teknologi ini, kerana teknologi seumpama ini akan digunakan oleh mana-mana stesen minyak di masa akan datang.


sumber Amanz
Share this article :

+ comments + 5 comments

Tanpa Nama
18 Mac 2016 12:39 PTG

sukar nak laksana sekarang. kemudahan internet masih mahal. ramai belum mahir guna smartphone.

12 April 2016 12:46 PTG

okelah guna tambah pengangguran

12 April 2016 12:47 PTG

zaman praktis dan ekonomis

4 Mei 2016 3:17 PTG

keren banget

4 Mei 2016 3:18 PTG

konsep digital jadi pilihan yang baik

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger