Kereta ‘Muscle’ Dijual Secara Lelongan Terbuka


Buat kali pertama, sebanyak 12 kereta ‘muscle’ bernilai lebih RM15 juta di pasaran akan dijual secara lelongan terbuka pada 12 Mac ini.

Pengarah Eksekutif 23 Motors Sdn Bhd, Datuk Kaathir Mustaffa, berkata kereta berkenaan yang lazimnya dijual pada harga antara RM500,000 hingga RM1.6 juta akan dimulakan lelongan pada harga RM100,000.

Katanya, lelongan terbuka itu adalah antara strategi pemasaran syarikat berkenaan sebagai usaha memperkenalkan kereta ‘muscle’ dalam kalangan rakyat tempatan.

“Kita menjangkakan kehadiran lebih 500 pembida dari seluruh negara termasuk dari Singapura khususnya peminat kereta ‘muscle’ yang ingin menambah koleksi mereka.

“Kita juga menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan lelongan terbuka untuk kereta ‘muscle’ berikutan menerima permintaan tinggi dalam kalangan peminat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara model yang bakal menjadi lelongan terbuka ialah Chevrolet Camaro SS6.2 V8 yang dijual pada harga RM700,000 di pasaran dan Ford Mustang GT Cabriolet bernilai RM550,000.

Lelongan akan diadakan di premis syarikat di Jalan Dato Abdullah Tahir di sini, bermula jam 9 malam, 12 Mac ini.

Ia akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

-berita harian
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger