Bottas : Jentera Kami Bagus


Pelumba Finland Valtteri Bottas merakam masa terpantas buat Williams pada hari kedua ujian pra musim di Barcelona ketika juara dunia dua kali Mercedes kelihatan semakin yakin.

Bottas mencatat masa kelima terpantas sepanjang enam hari ujian dan kedua terpantas apabila menggunakan tayar lembut dengan catatan 1 minit 23.261 saat.

Masih berbaki dua hari sesi ujian di Barcelona sebelum perlumbaan pertama berlangsung di Australia, 20 Mac ini.

“Ini ujian terakhir saya sebelum ke Melbourne. Saya sudah bersedia dan semakin serasi dengan jentera,” kata Bottas.

“Saya gembira apabila pasukan kami sudah ada perkembangan ketika ujian dan saya yakin akan melakukan lebih banyak perkara positif sebelum Melbourne.”

Juara dunia Lewis Hamilton hanya ketinggalan 0.03s di tempat kedua apabila menggunakan tayar lebih lembut buat kali pertama selepas mencatat jarak lebih jauh dengan W07.

“Jentera kami bagus, kuat dan kami mencuba pelbagai pendekatan tapi ada sedikit lagi yang perlu diteliti,” kata Hamilton.

“Berlumba dengan tayar lebih lembut adalah pengalaman menarik tetapi masih ada penambahbaikan yang perlu dilakukan.”

Hamilton dan Rosberg mencatat 164 pusingan tetapi pemandu Jerman itu hanya mencatat masa kesembilan terpantas semalam.

“Saya banyak menghabiskan masa dengan jentera simulasi dan saya rasa semakin bersedia untuk perlumbaan pertama,” kata Rosberg. – AFP/harian metro
Share this article :

+ comments + 1 comments

29 April 2016 12:05 PTG

Saya Mrs Queen pemberi pinjaman pinjaman pribadi, kami memberikan pinjaman pada tingkat 2%
Apakah Anda membutuhkan pinjaman untuk membayar utang Anda?
Anda membutuhkan pinjaman untuk memulai bisnis,
pinjaman untuk membayar tagihan,
Kami di sini untuk memberikan pinjaman dari jumlah apapun, silahkan hubungi kami melalui alamat perusahaan:
queendanielloanfirm@gmail.com Tuhan memberkati.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger