AWAS dan KEJARA dilaksana Mei ini


Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan dilaksanakan mulai Mei ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata pindaan Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan sistem itu akan dibentang ke Parlimen bulan depan.

Sekiranya diluluskan, katanya, AWAS akan berkuat kuasa serta-merta kerana kemudahan infrastruktur sudah siap sepenuhnya.

"Sistem itu mempunyai 60 mata terbahagi kepada tiga iaitu 20 mata pertama diberi amaran manakala 20 mata kedua digantung lesen.

"Bagaimanapun, jika pemandu menyertai program pemulihan, tempoh penggantungan dikurangkan separuh manakala jumlah keseluruhan 60 mata dibatalkan lesen," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Ab Aziz berkata, selaras penguatkuasaan AWAS, kementerian mencadangkan kadar saman AES dikurangkan tetapi ia tertakluk kepada keputusan kerajaan.

Katanya, lebih banyak kamera AES akan dipasang di lokasi kerap berlaku kemalangan termasuk di lebuh raya dan jalan persekutuan serta lampu isyarat.

"Setakat ini, sebanyak 40 kamera AES berfungsi dan kita bekerjasama dengan pemimpin tempatan untuk mengenal pasti lokasi bagi pemasangan AES secara berperingkat," katanya.
Share this article :

+ comments + 3 comments

27 April 2016 2:33 PTG

awas ada mata-mata

27 April 2016 2:34 PTG

asal tak merugikan lah

27 April 2016 2:35 PTG

makasih beritanya

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger