Tiada Lagi Diskaun Saman Trafik


Potongan jumlah denda bagi kesalahan trafik tidak lagi akan ditawarkan kerana ia menggalakkan pesalah lalu lintas melengahkan bayaran, kata polis hari ini.

“Kita tidak menggalakkan potongan bermusim. Kita tidak mahu rakyat Malaysia ada sikap menunggu dan hanya membayar saman mereka semasa musim tawaran.

“Katakanlah jika tawaran itu datang dua tahun selepas mereka disaman, jadi mereka tidak akan membayar sehingga masa tersebut.

“Jadi, tiada lagi amalan sebegitu,” kata ketua jabatan trafik ibu pejabat polis Bukit Aman, Mahamad Akhir.

Bercakap selepas menghadiri majlis kempen kesedaran trafik di KL Sentral di sini hari ini, beliau juga mengesahkan saman tertinggi RM300 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Mahamad menjelaskan kenyataan awal ketua polis negara yang dilaporkan polis sedang menimbangkan kenaikan saman lalu lintas.

Tan Sri Khalid Abu Bakar pernah berkata polis sedang menimbang untuk menaikkan saman RM300 memandangkan sesetengah pemandu mengambil sikap tidak endah dengan jumlah itu.

-MalayMail
Share this article :

+ comments + 1 comments

29 Februari 2016 5:40 PTG

terimakasih informasinya,...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger