SPYSHOTS : Imej Sebenar Perdana 2016 Terbongkar!


Yang ditunggu telahpun tiba! Setelah kita puas menunggu suatu ketika dulu sedikit preview rupa serba sedikit Perdana 2016 ini, akhirnya ia terbongkar. Imej ini telah dihantar kepada saya dan ia dilihat adalah model sebenar Proton Perdana yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Walaupun ia masih menggunakan logo lama, namun penampilan yang cukup sporti dan mewah ini menampakkan ia adalah identiti baharu Proton selaras dengan tagline baru Its In The Drive. Rekaan yang mengujakan depan dan belakang sangat berbeza dengan model asal Honda beserta dengan tambahan ciri-ciri yang lebih mewah.

Rekaan rim aloi ini menambahkan lagi kekuatan Perdana 2016 disamping C-Pillar krom serta interior dua tona yang juga dapat dilihat pada spyshot sebelum ini. Imej-imej menarik seperti ini menunjukkan ia sangat hampir kepada pelancaran Perdana 2016 ini.


Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
22 Februari 2016 1:07 PTG

LANGKAH PERMULAAN PROTON DALAM SEGMEN D.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger