SKVE Edar 600 Kad Touch N Go Secara Percuma


Sebanyak 600 kad Touch 'N Go akan diedarkan secara percuma kepada pengguna Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) sempena Tahun Baharu Cina. 

SKVE Holdings Sdn Bhd, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan kad terbabit akan diedarkan bermula jam 10 pagi pada 4 Februari ini di lorong tunai Plaza Tol Keluar Teluk Panglima Garang, Selangor. 

"Program pemberian kad Touch 'N Go ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat SKVE yang disasarkan kepada pengguna lebuh raya yang masih membayar tol secara tunai supaya menggunakan kaedah pembayaran tol secara elektronik. 

"Kad ini akan diedarkan secara percuma kepada 600 pengguna SKVE sempena Tahun Baharu Cina," katanya.

Sumber BH Online
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger