Shell Jual Ekuiti Dalam SRC Kepada Malaysia Hengyuan International Limited (MHIL)


Shell melupuskan pegangan dalam Shell Refining Company (SRC) di Malaysia kepada Malaysia Hengyuan International Limited (MHIL). 

Shell dalam satu kenyataan hari ini menyebut, syarikat itu sudah mencapai perjanjian bersyarat dengan MHIL untuk menjual pegangan 51 peratus dalam SRC bernilai AS$66.3 juta (RM275.87 juta). 

"MHIL berhasrat melabur dalam usaha memenuhi keperluan Euro 4M dan Euro 5 SRC. Urus niaga ini dijangka dimuktamadkan tahun ini, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan," katanya. 

Menurut kenyataan itu, Shell Malaysia Trading akan memastikan keselamatan bekalan kepada pelanggan runcit dan komersial di Malaysia serta menghormati komitmen lain menerusi strategi bekalan menyeluruh sedia ada, termasuk permintaan jangka panjang dari SRC. 

Katanya, pelupusan pegangan itu selaras dengan strategi Shell untuk menumpukan perhatian kepada produk dan perniagaan hiliran global, yang mana bahagian itu menjadikannya lebih kompetitif. 

"Malaysia terus menjadi negara yang penting bagi Shell. Kami adalah pembekal bahan api dan pelincir runcit terkemuka serta terus melabur dalam mengembangkan perniagaan ini di negara ini," katanya. 

Antara pelupusan aset hiliran Shell lain adalah jualan perniagaan hiliran di Australia dan Itali; sejumlah perniagaan runcit di United Kingdom; serta tawaran awam permulaan (IPO) Shell Midstream Partners L.P. 

"Shell juga menjual perniagaan pemasarannya di Denmark dan Norway, perniagaan gas petroleum cecair (LPG) di Perancis serta pegangan 33.24 peratus dalam Shell Sekiyu KK," jelas kenyataan itu.

sumber BH Online
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger