Salahkah Perdana berdasarkan Accord?


Perkara yang menjadi persoalan bagi sesetengah pihak mengenai Proton yang menggunakan model kenderaan jenama lain sebagai sebahagian barisan jenama Proton itu sendiri bukanlah perkara baru. Artikel Utusan ini menerangkan adakah ia perlu atau tidak bagi sesebuah syarikat automotif melakukannya. Jom kita sama-sama membaca kupasan menarik ini :

PROTON telah banyak dikecam kerana pelbagai sebab. Walaupun sebahagian daripadanya atas sebab yang memang munasabah, syarikat ini kadang-kadang menerima penderaan yang tidak sepatutnya.

Contohnya, Perdana baharu Proton telah dikecam dan diejek Accordana sedangkan hakikatnya ia berkongsi platform yang sangat berjaya iaitu generasi kelapan Honda Accord.

Namun, perkongsian teknologi tidak semua boleh dianggap melangkah ke belakang. Banyak kereta berjenama terkenal sememangnya mengamalkan perkongsian teknologi. Proton bukan membuat sesuatu yang luar biasa tetapi normal.

Kereta Audi Q7, Volkswagen Toureg dan Porsche Cayenne semuanya menggunakan komponen serupa tetapi setiap satunya mengekalkan keunikan sendiri.

Orang akan berkata tidak salah kerana ketiga-tiga jenama itu adalah milik Kumpulan Volkswagen tetapi perkongsian seumpamanya tidak tertutup kepada jenama-jenama adik-beradik tetapi meluas kepada rakan kongsi dan jenama lain sama sekali.

Berikut adalah 5 sebab mengapa perkongsian teknologi tiada masalah malahan amatlah sempurna:

1. syarikat kereta Jepun pun bekerjasama dengan firma berteknologi tinggi.

Kereta kompak mewah adalah segmen yang sengit persaingan. Faktor ini mewajarkan Infiniti (jenama kereta mewah Nissan) mengeluarkan kereta bersaiz kecil mereka Infiniti Q30 berasaskan Mercedes-Benz A-Class. Kedua-duanya adalah produk berbeza sama sekali tetapi platform dan enjin yang diguna adalah sama. Serupalah seperti Accord dan Perdana.

2. Sesuatu platform bo­leh dipelbagai bentuk

Mazda Biante adalah MPV dengan lapan tempat duduk manakala Volvo C70 hanya muat empat orang. Tetapi oleh kerana Ford menguasai kedua-dua jenama, syarikat memutuskan menggunakan platform C1 serupa. Perkara ini tidak berlaku pada Accord dan Perdana tetapi bakal dibuat antara Proton dan Suzuki kelak.

3. Amat diperlukan untuk syarikat kereta yang lebih kecil

Platform baharu perlu dibina apabila tiba keperluan tetapi memakan kos berbilion kerana jurutera adalah bergaji mahal dan mengenakan caj mengikut jam. Selain itu, uji pandu mengambil masa bertahun lamanya, membabitkan banyak kembara dan mengangkut peralatan berat. Faktor ini mendorong syarikat bersaiz kecil perlu bergabung dengan syarikat besar untuk tujuan ini.

4. Perkongsian membuat teknologi 
canggih berdaya maju

Range Rover adalah SUV mewah, BMW 7 Series adalah sebuah limo dan Iveco hanyalah van komersial. Apa kaitan mereka? Kotak gear automatik 8 kelajuan iaitu ZF 8HP70. Fikirkan jika teknologi canggih gear ini hanya dinikmati oleh satu jenama. Logiknya bagi Proton, oleh kerana Honda dan Suzuki sudah memiliki platform, enjin dan gear yang terbukti bagus, mengapa perlu berbelanja besar membina baharu?

5. ‘Big Boys’ pun perlu bantuan apabila 
melangkah kecil

Dari segi teknikal, enjin ‘Prince’ pada kebanyakan MINI tidak dibina oleh MINI. Tidak juga BMW. Sebaliknya ia dibina Peugeot, yang juga menggunakannya pada model 208, 308 dan 508. Citroen juga menggunakannya. Dan enjin yang telah dimajukan itu kini diguna pada BMW 316i. Perlu dinyatakan, ketika jenama MINI diperkenalkan semula ke pasaran oleh BMW pada awal tahun 2000-an, enjin yang diguna pada MINI dibina di Brazil.

Jadi anda boleh lihat sendiri bahawa perkongsian teknologi bukan sesuatu yang `buruk atau menghancurkan’ seperti yang didakwa sesetengah pihak. Semua syarikat di dunia menggunakannya, jadi kenapa Proton tidak boleh pula?

Daripada satu sudut, Perdana baharu ini akan menjadi sebuah kereta yang sangat menarik dari sudutnya tersendiri. Ia akan memiliki teknologi Honda yang boleh diharap dan harga yang boleh menyaingi harga kereta Korea dan paling utama, ia adalah sebenar-benar kereta buatan Malaysia. Ia adalah sebuah kereta Proton, sama seperti Waja dan Iriz.

Suka atau tidak, kereta adalah melebihi daripada jumlah bahagian-bahagian mereka. Perdana baru bukan Accord dalam pakaian Proton, ia adalah satu Proton dengan teknologi yang telah terbukti. Ya, memang banyak yang boleh menjadi salah, tetapi kita yakin bahawa PROTON dengan bimbingan DRB-HICOM, akan menghasilkan sesuatu yang berkelas dunia.

Sumber UTUSAN
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
23 Februari 2016 10:55 PTG

sama juga ford dan mazda. mereka ada kongsi model kenderaan yang sama. kita jgn terlalu negatif dgn jenama sendiri. kita sepatutnya bangga apa yg ada pada hari ini.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger