Proton Suprima S Manual 6-Kelajuan Di UK


Memandu ketika musim sejuk, satu ciri keselamatan aktif yang sangat akan anda hargai adalah fungsi kawalan kestabilan. Model Suprima S dilengkapi dengan fungsi tersebut sebagai antara ciri standard. Namun model yang dipandu uji dari Ibu Pejabat Ricardo yang terletak di Shoreham (Shoreham-by-the-Sea) menuju ke ibu pejabat Group Lotus di Hethel adalah sesuatu yang berbeza sedikit dari apa yang ditawarkan di bilik pameran Proton di Malaysia.

Model ini dilengkapi dengan tiga pedal bersama kotak gear Getrag 6-kelajuan manual. Tidak banyak ujian yang boleh dilakukan untuk menguji kotak gear ini di lebuh raya memandangkan cuaca jalan yang licin dan basah. Namun tanggapan pertama yang dapat diberikan ia merupakan sesuatu yang positif.

Kotak gear manual ini cukup memuaskan. Ia mudah dikendalikan dan lancar. Tidak berkesempatan untuk mengujinya di trek seperti mana bagi Lotus Exige Sport 350 dan Lotus Evora 400, namun dengan kombinasi pengendalian Lotus bersama fungsi manual, pastinya menjanjikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. Apa yang boleh dikatakan, Suprima S manual merupakan satu langkah yang tepat untuk Proton bagi mengembalikan peminat jenama itu semula. – Vishal Bhaskaran

-BH Auto
Share this article :

+ comments + 2 comments

29 Februari 2016 5:23 PTG

terimaksih informasinya gan..

29 Februari 2016 5:31 PTG

kerenn mobil nya

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger