Proton Lancar Logo Baru, Tempahan Perdana 2016 Kini Dibuka Dan Masalah Oil Cooler Hose Diatasi



Proton pada hari ini dilihat telah melancarkan logo baru beserta dengan tagline Its In The Drive! Logo baru ini kelihatan kepala harimau dalam bulatan dan emblem berwarna silver berlatarbelakang hitam. Dengan tagline baru, ia menunjukkan Proton di era baru, wajah baru dengan komitmen yang sangat baik untuk keluaran kereta mereka kini.


Proton kini juga sedang memanggil tiga model keluaran semasa iaitu Exora, Preve dan Suprima S bagi mengatasi masalah oil cooler hose. Ianya melibatkan sebanyak 59,663 Exora, 28,642 Preve dan 6,290 Suprima S yang mana kesemuanya berjumlah 94, 577 unit varian CFE.



Dalam satu perkembangan lain, Proton Perdana 2016 kini sudah dibuka untuk tempahan. Menurut Pengerusi Proton Tun Mahathir, harga adalah sekitar RM100K~150K. Beberapa ciri kini sudah diumumkan.

paddle shifters dan cruise control, sistem infotainment dengan navigasi GPS dan fungsi kamera belakang, Penghawa dingin automatik dwi-zone, anti-trap power windows untuk bahagian hadapan,  stereng teleskopik dan pemandu kerusi yang boleh laras.

Perdana akan dilengkapi dengan enjin 2.4 liter yang menawarkan 181 hp dan 222 Nm tork. Perdana akan dilengkapi beg udara (tidak spesifik menyebut jumlah berapa), kawalan kestabilan elektronik serta ABS dengan EBD.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger