Lotus Lancar Evora 400 di Malaysia, Sasar Pulang Modal Pada 2016


Proton Holdings Bhd menyasarkan anak syarikat milik penuhnya, Group Lotus Plc akan bangkit kembali daripada kerugiannya dan mencatatkan keuntungan sekurang-kurangnya balik modal pada tahun ini. 

Ketua Eksekutif PROTON Holdings Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata Lotus sudah terlalu lama berada dalam kerugian sejak diambil alih pada 1996, dan semakin pulih sejak pengambilalihan Proton oleh DRB Hicom. 

Bahkan katanya, tahun lalu syarikat itu berjaya mengeluarkan dan menjual 2,000 unit kereta sportnya seluruh dunia dan yakin mampu mengulangi prestasi jualan itu tahun ini. 

"Proton melihat perkembangan Lotus sebagai sesuatu yang mengujakan. Selepas pengambilalihan (oleh) DRB Hicom, dalam tempoh yang pendek syarikat ini berjaya bangkit hasil pengurusan yang baik," katanya selepas pelancaran Lotus Evora 400 di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Lotus memperkenalkan model kereta sport baharunya Lotus Evora 400 di pasaran Malaysia selepas mendapat sambutan menggalakkan ketika pelancarannya di Geneva Motorshow tahun lalu. 

Model yang mewarisi kekuatan kejuruteraan pecutan Lotus itu kini ditawarkan pada harga runcit permulaan RM597,999 untuk transmisi manual, manakala transmisi automatik bermula dari RM610,999. 

Dengan keupayaan kawalan dinamik dan lebih pantas berbanding model sebelumnya, Lotus Evora 400 mempunyai maksimum 300 kilometer sejam (km/h) serta pecutan 0 sehingga 100km/h dalam hanya 4.2 saat. 

Ia adalah hasil ledakan kejuruteraan enjin supercharge V6 3.5 L terbaharunya yang mampu mencetuskan 400 kuasa kuda dan 410 Nm tork. Mengulas lanjut, Abdul Harith Abdullah, berkata beliau berbangga dengan prestasi Lotus yang berjaya mengangkat jenamanya sebaris jenama terkemuka dunia. 

Katanya, prestasi tahun lalu meletakkan Lotus jenama kedua di rantau ini dan ke-12 di peringkat antarabangsa dari segi jualan. 

"Bagi menyemarakkan lagi sambutan peminatnya, Lotus menawarkan pakej promosi Lotus Evora 400 termasuk jaminan selama tiga tahun, dua tahun servis percuma, dan pengalaman pemanduan di Akademi Pemanduan Lotus. "Selain itu, 30 pembeli pertama Lotus Evora 400 akan turut menikmati harga promosi yang menarik," katanya.

sumber BH Online


Share this article :

+ comments + 4 comments

1 Februari 2016 3:06 PTG

kereen banget

1 Februari 2016 3:07 PTG

kereta modern kereeen

2 Februari 2016 7:55 PTG

Cool

28 Februari 2016 1:09 PTG

Apakah Andari Membutuhkan Pinjaman untuk review memulai Bisnis? Membawa Pinjaman untuk review melunasi Tagihan Andari? Sebelumnya Saat ini Kami menawarkan Pinjaman Pendidikan, bisnis Pinjaman, Pinjaman rumah, Pinjaman Pertanian, Pribadi Pinjaman, Pinjaman mobil, dll Jika Andari Perlu untuk review mengekspresikan Minat Andari PADA Pinjaman, sehingga Kami DAPAT mengirimkan Informasi LEBIH lanjut Kepada Andari. Hubungi kami email melalui: kathleenfosterloanfirm@gmail.com
Terima kasih!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger