Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) Tawar Diskaun Tol 10 Peratus Sempena Tahun Baharu Cina


Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua pengguna kenderaan kelas 1 bersempena sambutan Tahun Baharu Cina. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mustaza Salim, berkata diskaun itu bermula pada jam 6 pagi pada 8 Februari sehingga 6 pagi keesokannya. 

Katanya, diskaun itu ditawarkan kepada semua pengguna kenderaan kelas satu sama ada yang menggunakan bayaran tol secara elektronik di lorong Touch n Go dan Smart Tag atau membuat bayaran secara tunai. 

"Diskaun yang ditawarkan ini adalah sebahagian daripada pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan oleh SDE. Kita juga berharap semua pengguna lebuh raya mengamalkan pemanduan yang berhemah sempena cuti perayaan ini," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. 

Pada masa sama, Mustaza berkata SDE menggalakkan semua pengguna lebuh raya membuat bayaran tol secara elektronik bagi memastikan perjalanan lebih cepat dan selesa.

Sumber BH Online
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger