Jualan Kenderaan Merosot Kepada 44,591 Unit Pada Januari


Jumlah jualan kenderaan pada Januari 2016 merosot kepada 44,591 unit berbanding 50,602 unit yang dicatatkan pada bulan sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Jumlah jualan bagi bulan tersebut turun 20.5 peratus atau 11,501 unit berbanding Disember 2015 disebabkan tawaran dan diskaun daripada syarikat kereta, yang membawa kepada jualan lebih tinggi dicatatkan pada bulan itu.

"Kelulusan pinjaman sewa beli yang lebih ketat turut mempengaruhi prestasi pasaran pada Januari 2016," kata MAA dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger