Harga Kenderaan Proton Naik Mulai 15 Februari Ini


Harga semua kenderaan PROTON Holdings Bhd (PROTON) akan dinaikkan, berkuat kuasa 15 Februari ini. PROTON dalam kenyataannya hari ini menyebut, kenaikan adalah sebanyak RM312 sehingga maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model. 

Kenaikan itu sejajar dengan kesan kejatuhan ringgit berikutan kebanyakan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing. Kenyataan itu menyebut, penyusutan ringgit telah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem. 

Bagi mengurangkan impak yang memberi kesan kepada keuntungan PROTON sejak Ogos 2015, syarikat itu berusaha dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu. 

Senarai penuh semakan semula harga itu akan dinyatakan dalam laman sesawang PROTON apabila harga baharu berkuat kuasa. 

- BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger