Semua 29 Wakil Jualan Suzuki Malaysia Kini Cawangan Proton Edar


Kerjasama antara Proton Holdings Berhad dengan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd kini telah bergerak ke langkah strategik yang lebih baik, di mana semua 25 buah cawangan 3S dan empat buah cawangan 4S Suzuki akan ditukarkan kepada cawangan Proton Edar. Pada masa yang sama, Suzuki akan akhiri jualan model jenama sendiri di Malaysia.

Walau bagaimanapun, semua 29 kedai masih akan membawa logo Proton dan Suzuki. Di samping itu, Semua pelanggan 48,000 Suzuki sedia ada di Malaysia masih boleh hantar kenderaan mereka diservis dan diperbaiki di kedai ini. Langkah ini juga akan membolehkan penjual Suzuki untuk menjual kereta Proton dari Cawangan wakil mereka.

Sebelum ini kita dikhabarkan Suzuki akan akhiri jualan model jenama sendiri di pasaran Malaysia selepas Lesen Perjanjian dan Memorandum Persefahaman telah ditandatangani antara tiga pihak, Proton, DRB-HICOM dan Suzuki pada 15 Jun 2015.

Pada asalnya ia dijangka akan disiapkan dalam tempoh setahun tetapi ia telah berkembang lebih awal dari yang dirancang untuk merealisasikan fasa kerjasama ini. Penyatuan Suzuki bersama Proton akan lebih mengukuhkan lagi sinergi yang wujud antara kedua-dua jenama yang memastikan Perkhidmatan selepas jualan akan berterusan.

Dengan tambahan 29 pusat 3S baru dan kedai-kedai 4S, ini akan menambah kekuatan untuk Proton dalam meningkatkan kualiti kemudahan di semua kedai jualan dan perkhidmatan di seluruh negara. Dikhabarkan kerjasama Proton dan Suzuki bakal mengeluarkan model pada hujung 2016. Mungkin ia model-model yang masih tiada di dalam line-up Proton.

Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
14 Januari 2016 1:45 PTG

proton maju jaya!

Tanpa Nama
14 Januari 2016 4:04 PTG

jadi 4 model baharu akan keluar tahun ini.. saga persona, perdana dan model kerjasama proton-suzuki.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger