Selepas Memandu 96km, Lelaki Baru Sedar Isteri Tertinggal Di Stesen Minyak


Walter dan Claudia merupakan pelancong Argentina yang bercuti di Brazil. Dalam perjalanan pulang, mereka berhenti untuk mengisi minyak.

Lelaki yang dikenali sebagai Walter singgah di stesen minyak dalam perjalanan pulang ke Argentina selepas bercuti di Brazil.

Isteri Walter masih tidur ketika mereka tiba di stesen minyak. Selepas selesai mengisi minyak, Walter ke tandas tanpa menyedari isterinya sudah terjaga dan ke kedai untuk membeli biskut.

Walter kemudian meneruskan perjalanan dan meninggalkan isterinya, Claudia.

Sebaik sahaja menyedari dirinya ditinggalkan, Claudia menghubungi pihak polis berdekatan selepas gagal menelefon suami akibat liputan isyarat yang lemah.

Seorang anggota polis daerah Passo Fundo menyatakan Claudia begitu marah sehingga dia menendang keretanya sebaik sahaja Walter tiba.

Ketiadaan Claudia bukan sahaja tidak disedari oleh suaminya, malah anaknya yang duduk di kerusi penumpang hadapan turut leka dengan permainan di telefon pintar.

-Awani-
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger