Poster Fast 8 Dimuatnaik Di Instagram



Vin Diesel telah memberikan sedikit petunjuk ke atas apa yang boleh dijangkakan ke atas francais filem terbaru Fast 8 nanti. Pelakon itu telah memuat naik di instagram sekeping poster terbaru filem Fast 8 yang memaparkan latar belakang bandar New York dan juga sebaris ayat 'New Roads Ahead' dan tarikh filem tersebut. 

Laporan baru-baru ini mengatakan filem Fast 8 ini sedang mendapatkan kelulusan untuk membuat penggambaran di Cuba, poster ini memberikan imej bahawa filem tersebut akan difilemkan di bandar New York sebagai tema utama. Vin Diesel juga pernah memberikan komen sebelum ini bahawa filem tersebut akan membawa francais tersebut pulang ke tempat asalnya.

Masih tidak dapat dipastikan sama ada Dominic Toretto (Diesel) dan pasukannya akan menjejakkan kaki ke Cuba atau destinasi antarabangsa yang lain. Pengarah Fast 8, F. Gary Gray dilaporkan masih lagi meninjau lokasi untuk filem tersebut. Fast 8 akan menemui peminat di pawagam pada 14 April 2017 akan datang.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger