Jualan Perodua Terus Meningkat 2015 Dan Akan Perkenal Model Sedan



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merekodkan satu lagi kejayaan apabila menjual lebih 213,000 unit kereta mereka bagi tahun 2015, mengatasi sasaran sebanyak 200,000 unit. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh berkata tahun lepas merupakan tahun paling mencabar buat syarikat berikutan pelaksaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Ringgit yang semakin melemah ditambah pula dengan kejatuhan teruk harga minyak mentah dunia telah memberikan impak yang ketara kepada ekonomi negara," katanya.

Menurutnya lagi, memandangkan persekitaran ekonomi yang tidak memberangsangkn itu, ramai pelanggan lebih berminat untuk membeli kereta kompak yang lebih mampu milik.

Tambah Aminar, model Axia paling banyak menjadi pilihan kebanyakan pembeli pada tahun lepas. dengan menyumbang 46.7 peratus dari jumlah jualan Perodua dengan 99,700 unit terjual.

Berikutan peningkatan jualan itu, Perodua telah merekodkan jumlah pengeluaran terbesar mereka dengan menghasilkan 228,500 kenderaan pada 2015, peningkatan 16.3 peratus berbanding 2014.

Bagi tahun 2016, Perodua mensasarkan untuk menjual 216,000 unit, yang mana ia merupakan 32 peratus penguasaan pasaran yang diunjur berkembang sedikit kepada 667,00 unit keseluruhan industri, berdasarkan anggaran mereka.

Sementara itu ketika menjawab pertanyaan pemberita mengenai kenaikan harga untuk model Perodua, Aminar memberitahu syarikat belum berhasrat untuk melaksanakannya buat masa ini biarpun margin keuntungan syarikat semakin mengecil disebabkan tukaran matawang dolar AS.

Mengenai pengenalan model sedan, beliau telah mengesahkan akan mengeluarkan moden sedan pertama Perodua namun tidak menyatakan maklumat lanjut. Kilang baru mereka di Sendayan Negeri Sembilan akan mengeluarkan enjin 1.3 dan 1.5 Toyota NR-Siries. Ini mungkin memberi peluang kepada model sedan terbaru untuk mempunyai siri enjin ini. 
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
20 Januari 2016 7:56 PTG

maybe perodua rebagde latest etios?

1 Februari 2016 12:26 PTG

Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman rumah, kereta
pinjaman, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa jaminan, usaha
modal, dan lain-lain .. Atau anda menolak pinjaman oleh bank atau kewangan
institusi untuk satu atau lebih reasons.You di tempat yang tepat untuk
penyelesaian pinjaman anda! Saya sedang pemberi pinjaman swasta, saya memberi pinjaman kepada
syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan
2%. Kepentingan. Sila hubungi kami melalui e-mel:
financialfutureloanfirm@gmail.com
terima kasih,
Puan Stacy

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger