Gambaran Persona 2016 Dan Spyshot Terbaru


Satu hasil illustrasi yang cukup menarik bagi sebuah model Proton Persona yang dijangka akan keluar tidak lama lagi. Hasil kreativiti Pow Ying Hern ini saya kongsikan untuk anda semua dan dikatakan ia hampir dengan rekaan sebenar. Mungkin tidak tepat dengan ciri-ciri sebenar namun ia adalah sangat hampir terutama bahagian belakang. Beberapa sumber mengatakan bahagian belakang akan kelihatan model A200 dari Mercedes Benz. 


Saya tidak dapat menjangkan rekaan lampu hadapan akan tirus seperti apa yang diilhamkan oleh Pow Ying Hern kerana berdasarkan beberapa spyshot sebelum ini ia masih menggunakan lampu yang sama seperti Iriz. Walaupun pada gambar tersebut penuh dengan pelekat penyamaran, rekaan bumper telah berubah agar dapat memenuhi ciri-ciri sebuah sedan.

Dalam beberapa minggu ini juga semakin banyak spyshot diperolehi dan dikongsikan di media siber. Proton Perdana 2016 adalah model yang paling awal akan dilancarkan pada tahun ini diikuti oleh Persona dan Saga. Selain itu, Proton juga akan menggunakan model Ertiga bagi melengkapkan lagi segmen kenderaan Proton.




 

sumber : Funtasticko,Carlist Dan Paultan
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger