Diskaun, Rebat Tol Dan Jadual Perjalanan Sempena Tahun Baharu Cina 2016

[KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ]

ANIH Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) menawarkan diskaun 10 peratus bersempena Tahun Baru Cina pada 8 Februari kepada pengguna yang membuat bayaran secara elektronik (ETC). Diskaun tol itu bermula jam 12.00 pagi sehingga 11.59 malam pada 8 Februari.

Bagi Pemandu yang menggunakan lebuhraya di bawah kelolaan PLUS Malaysia pula, syarikat konsesi ini telah mengumumkan pemberian rebat sebanyak 30% bagi pengguna yang melakukan pembayaran tol secara elektronik. Lebuhraya terbabit ialah Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) pada 4, 11 dan 15 Februari ini.

Rebat tol sebanyak 30% ini hanya diberikan kepada pengguna Kelas 1 (kecuali teksi) yang memandu melebihi 100 kilometer. Rebat tol 30% ini hanya boleh ditebus di mana-mana pusat khidmat pelanggan PLUS antara 15 Mac hingga 14 Jun 2016.

Berikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk para pengguna lebuhraya yang merancang perjalanan mereka dan mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan menjelang hari puncak pada musim percayaan ini :

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger